Latar Belakang ReDI

Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan atau (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) adalah merupakan salah satu langkah proaktif Kementerian untuk memberikan pendedahan kepada peniaga luar bandar khususnya berhubung keperluan pengoperasian perniagaan yang berkonsepkan digital terutamanya melalui penggunaan kemudahan e-wallet dalam pelbagai transaksi perniagaan.

Program ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan digitalisasi menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang telah dilancarkan pada 19 Februari 2021 iaitu untuk mempromosikan program onboarding pembayaran elektronik bagi peniaga dan pengguna untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.

Pelancaran pertama program ReDi adalah pada 6 April 2021 bertempat di Pasar Tani Presint 2, Putrajaya.

Melalui ReDI:

Inisiatif Kerajaan dalam menyediakan konsep perniagaan berasaskan digitalisasi dalam sektor peruncitan termasuklah kaedah pembayaran tanpa tunai

  • Peniaga berpeluang mendapatkan input berkaitan kemudahan e-wallet
  • Peniaga boleh mendaftar e-wallet melalui semua penyedia terpilih.
  • Menggalakkan penggunaan e-wallet ketika urusan pembayaran
  • Mewujudkan ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society)

Sasaran ReDI

Kementerian telah menyasarkan sebanyak 15,000 peniaga berdaftar e-wallet sehingga tahun 2025 menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Sasaran ini adalah berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) di bawah Tema 1: Menjana Semula Ekonomi.

Kelebihan eWallet

  • Pengurusan kewangan yang efisien
  • Peluang perkembangan perniagaan
  • Mempelbagaikan pilihan pembayaran
  • Pengurusan inventori yang lebih berkesan

Disokong Oleh

Icon

Rakan STRATEGIK

Icon
Icon
Icon
Icon

Icon
Icon
Icon
Icon

© KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN)